MUZIK adalah universal
sifatnya dan tiada garis sempadan. Ia juga menyatukan manusia di dunia yang
berbeza bangsa dan bahasa. Inilah yang dapat disaksikan di Malaysia
International Children Choir Festival 2016 di Teater Negeri Shah Alam baru-baru
ini.
Festival
anjuran Sekolah Kebangsaan Seksyen 13, Shah Alam dengan kerjasama Majlis
Bandaraya Shah Alam dan Kementerian Pendidikan ini bermatlamat menyediakan
platform dalam usaha membolehkan murid-murid memperluas pengalaman muzikal dan
kesedaran estetik pelajar, memperkaya daya komunikasi serta interaksi melalui
persembahan.
Dalam
festival yang disertai oleh 15 kumpulan koir dari sekolah-sekolah di Malaysia
dan antarabangsa seperti Filipina dan Indonesia menyaksikan koir Balon Dagupan
dari Filipina mengungguli dua anugerah utama iaitu Piala Datuk Bandar Shah Alam
dan pemenang pertama Diploma Emas.
Balon
Dagupan yang berpakaian tradisional suku kaum Filipina berwarna-warni,
menyanyikan lagu etnik Filipina dengan persembahan yang bersahaja tapi memikat.
Persembahan koir Sunday School dari Indonesia yang membawa lagu etnik Batak
juga tidak kurang hebatnya apabila mereka menyelitkan nilai-nilai budaya
tradisional Indonesia yang unik.
Koir tempatan
Koir tempatan
Persembahan
kumpulan koir dari Malaysia juga tidak menghampakan dari segi vokal, lagu dan
gaya. Kumpulan koir sekolah aliran Cina menunjukkan persembahan yang
membanggakan yang hampir setaraf dengan sekolah luar negara. Malah kumpulan
koir sekolah aliran kebangsaan pun semakin bertambah baik persembahan mereka.
Kumpulan-kumpulan
koir di negara ini perlu suntikan idea dari segi gaya persembahan iaitu bukan
sekadar menyanyi atau lontaran suara semata-mata tetapi perlu ada gaya yang
menarik dan prop yang relevan dengan lagu yang disampaikan.
Kehadiran
wakil-wakil sekolah yang diundang untuk mengadakan persembahan juga suatu idea
yang menarik. SMK Raja Muda menonjolkan bakat pelajar bermain angklung dalam
lagu-lagu hari raya seperti Satu Hari Di Hari Raya.
Persembahan
tarian oleh murid-murid SK Pulau Meranti juga begitu memikat penonton. Gerak
badan mereka menarikan tarian tradisional menunjukkan mereka telah berlatih
dengan tekun hingga tidak nampak kekok beraksi di hadapan penonton.
Persembahan
kumpulan undangan dari luar negara juga tidak kurang hebatnya. Persembahan
Youthful Voices dari India dan Young Hit Young Beat dari Vietnam merancakkan
dan menyerikan lagi pertandingan ini.
Antara
tetamu kehormat yang hadir dalam majlis ini ialah Datuk Bandar Shah Alam, Datuk
Ahmad Zaharin Mohd Saad; Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh
dan Sekolah Kecemerlangan, Datuk Rashidah Md Arif; Pengarah Pendidikan Negeri
Selangor, Mohd Salleh Kassim; dan Pegawai Pendidikan Daerah Petaling Perdana,
Mohd Radzi Abdullah.
Sesungguhnya
muzik dapat menyatukan murid-murid dari pelbagai sekolah, yang berbeza bangsa
dan bahasa. Ini dapat disaksikan ketika mereka beramai-ramai dijemput ke
atas pentas. Jelas kemesraan antara mereka.
Semoga
pada tahun-tahun akan datang kumpulan koir dari Malaysia dapat meningkatkan
persembahan dari segi vokal atau lontaran suara, persembahan dan lagu yang
dipilih agar pertandingan yang diadakan tidak terus didominasi oleh
kumpulan koir antarabangsa.
Keputusan pertandingan
Anugerah Datuk Bandar Shah Alam: Balon Dagupan, Filipna
Most Promising Overseas Choir: Balon Dagupan, Filipina
Most Promising Malaysia Choir: SJKC Chong Cheng, Pulau Pinang
Cultural Excellence Award: Sunday School, Indonesia
Best Conductor Winner: SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur
Anugerah Emas
1. Balon Dagupan, Filipina (Gred Emas A)
2. Sunday School, Indonesia (Gred Emas A)
3. SJKC Chong Cheng, Pulau Pinang
4. SJKC Kung Man, Selangor
5. SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur
6. SJKC Chung Cheng, Perak
Perak
1. Sekolah Sri Bestari, Kuala Lumpur
2. SK Convent Kajang, Selangor
3. SJKC Kwang Hwa, Pulau Pinang
4. SK Seksyen 13, Shah Alam
Gangsa
1. SK St Mary, Sarawak
2. SK Convent Teluk Intan, Perak
3) SK Tg Ampuan Intan, Kuala Terengganu
4) SK Convent St Annes, Kulim, Kedah
5) SK Raja Muda, Shah Alam, Selangor
Keputusan pertandingan
Anugerah Datuk Bandar Shah Alam: Balon Dagupan, Filipna
Most Promising Overseas Choir: Balon Dagupan, Filipina
Most Promising Malaysia Choir: SJKC Chong Cheng, Pulau Pinang
Cultural Excellence Award: Sunday School, Indonesia
Best Conductor Winner: SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur
Anugerah Emas
1. Balon Dagupan, Filipina (Gred Emas A)
2. Sunday School, Indonesia (Gred Emas A)
3. SJKC Chong Cheng, Pulau Pinang
4. SJKC Kung Man, Selangor
5. SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur
6. SJKC Chung Cheng, Perak
Perak
1. Sekolah Sri Bestari, Kuala Lumpur
2. SK Convent Kajang, Selangor
3. SJKC Kwang Hwa, Pulau Pinang
4. SK Seksyen 13, Shah Alam
Gangsa
1. SK St Mary, Sarawak
2. SK Convent Teluk Intan, Perak
3) SK Tg Ampuan Intan, Kuala Terengganu
4) SK Convent St Annes, Kulim, Kedah
5) SK Raja Muda, Shah Alam, Selangor
Informasi ini dicari dan disediakan oleh Iman Hezrin Bin Mohd Hasery, Tahun 5 Libra 2017
Rujukan SinarOnline
No comments:
Post a Comment