Monday 12 June 2017

PENCAPAIAN - KARNIVAL RIANG RIA BERJAYA KUMPUL DANA RM120,000

Majlis penyampaian basikal sebagai hadiah kepada pelajar sempena Karnival Riang Ria

PIBG Sekolah Kebangsaan Seksyen 13 telah berjaya mengumpulkan dana lebih RM120,000.00 melalui kutipan derma dan penganjuran Karnival Riang Ria untuk membantu pihak sekolah menaik taraf prasarana perlu dicontohi oleh sekolah-sekolah lain.

Pengarah Pendidikan Selangor, Zainuren Mohd. Nor berkata, ini kerana program seperti itu dapat membantu pihak sekolah menyediakan kemudahan terbaik bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.  Menurutnya, ini juga dapat membantu meringankan beban sekolah dalam memastikan pelajar mendapat pendidikan sempurna yang akhirnya memberi impak besar kepada pelajar.

Yang Dipertua PIBG SK Seksyen 13, Encik Zulrushdi Mohamed and berkata, pihaknya melancarkan kutipan derma itu sejak sebulan lalu dengan setiap pelajar diberikan kad derma untuk dibawa pulang ke rumah masing-masing untuk mendapatkan sumbangan.


Karnival ini menekankan konsep berhibur sambil menderma dengan setiap aktiviti yang ditawarkan akan dikenakan bayaran, tetapi hasil kutipannya akan disalurkan ke dalam dana ini. Ia mendapat sambutan menggalakkan dengan lebih 2,500 pengunjung dan semua hasil kutipan akan digunakan untuk membaik pulih bumbung dewan, menaik taraf tempat perhimpunan pelajar dan bangunan pendidikan khas.

Informasi ini dicari dan disediakan oleh Iman Hezrin Bin Mohd Hasery - Tahun 5 Libra 2017
Rujukan - November 2015, Utusan Online @ Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment

CERITA MENGENAI SEKOLAH KAMI

Bangunan Sekolah Sekolah Kebangsaan Seksyen 13  atau nama ringkasnya  SK Seksyen 13  merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terl...