Thursday 15 June 2017

PENCAPAIAN - 30 MURID BERJAYA MENDAPAT 5A DALAM KEPUTUSAN UPSR

Guru Besar Pn Anis Ibrahim sewaktu pelancaran Program Guru Penyayang

Seperti yang dilaporkan di Utusan Online, seramai 30 pelajar daripada 120 calon mendapat keputusan 5A dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 1.55.

Pihak pengurusan Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 13 dekat sini berazam menjadi sekolah terbaik bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini setelah muncul kedua terbaik bagi Daerah Petaling tahun lepas.

Guru Besarnya, Salmah Abdul Rahman berkata, kejayaan yang dicapai setakat ini adalah hasil perancangan teliti pihak sekolah bersama Persatuan Ibu bapa dan guru (PIBG) yang komited untuk menjadikan sekolah tersebut Sekolah Kluster Kecemerlangan.

Kejayaan adalah hasil kerjasama erat ibu bapa yang hadir ke program pemuafakatan tahun enam yang melibatkan hampir 100 peratus ibu bapa dan calon-calon UPSR.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas Majlis Perasmian Program Gotong Royong Perdana 2015 yang disempurnakan oleh Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari yang mewakili Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Yang hadir sama, Naib Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Nor Hisham Ses dan pemangku Yang Dipertua PIBG SK Seksyen 13, Zulrusdi Muhammad.

Salmah berharap dengan bantuan bahan rujukan seperti akhbar sisipan pendidikan Utusan Malaysia iaitu Tutor, sekurang-kurangnya 45 calon UPSR tahun ini mendapat 5A dengan GPS di bawah 1.36 yang pernah dicapai sebelum ini.

“Saya percaya langganan 1,000 naskhah Tutor Utusan Malaysia mampu membantu menaikkan lagi pencapaian akademik calon-calon UPSR kerana setiap pendidik yang menyumbang dalam akhbar sisipan pendidikan tersebut adalah tokoh yang berpengalaman dalam bidang mereka,” katanya.

Sementara itu, menurut Zulrusdi, selain mengeratkan silaturahim, program gotong-royong perdana membersih dan mencantikkan sekolah tersebut bertujuan mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih kondusif.

Informasi ini dicari dan disediakan oleh Iman Hezrin Bin Mohd Hasery, Tahun 5 Libra 2017
Rujukan Utusan Online @ Utusan Malaysia (M) Bhd

No comments:

Post a Comment

CERITA MENGENAI SEKOLAH KAMI

Bangunan Sekolah Sekolah Kebangsaan Seksyen 13  atau nama ringkasnya  SK Seksyen 13  merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terl...