Sunday 11 June 2017

AKTIVITI - LANGGANAN TUTOR MEMBANTU MENCAPAI KEPUTUSAN CEMERLANG

Para Pelajar yang berjaya mendapat keputusan 5A

Keputusan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 13 di sini melanggan akhbar pendidikan Utusan Malaysia, Tutor mulai tahun ini ternyata tidak sia-sia apabila sekolah itu berjaya mencapai keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2015.

Sekolah berkenaan menjadi sekolah terbaik dalam keputusan UPSR di daerah Petaling Perdana dan tempat keempat untuk Gred Purata Sekolah (GPS) 1.47 di negeri ini. 

Sebanyak 38 daripada 124 calon UPSR sekolah itu berjaya mendapat 5A.
Yang Dipertua PIBG sekolah itu, Zulrushdi Mohamed berkata, langganan Tutor sebagai material tambahan pembelajaran bagi calon UPSR dilihat sangat berkesan.

“Apabila kita mempelbagaikan bahan pembelajaran termasuk mengadakan kelas tambahan dan menumpukan menjawab soalan-soalan tahun lepas maka murid mendapat banyak manfaat.

“Mereka akan lebih didedahkan kepada pelbagai aspek pengetahuan yang dapat membantu dalam menjawab soalan-soalan peperiksaan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Sementara itu, guru besar sekolah terbabit, Salmah Abd. Rahman memberitahu, kejayaan tersebut dianggapnya sebagai hadiah paling manis dan bermakna kepadanya yang akan bersara, Khamis ini.


“Keputusan UPSR sekolah ini terus meningkat dan kejayaan ini merupakan usaha bersungguh-sungguh semua pihak termasuk guru dan ibu bapa,” jelasnya.

Informasi ini dicari dan disediakan oleh Iman Hezrin Bin Mohd Hasery - Tahun 5 Libra 2017
Rujukan - November 2015, Utusan Online @ Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment

CERITA MENGENAI SEKOLAH KAMI

Bangunan Sekolah Sekolah Kebangsaan Seksyen 13  atau nama ringkasnya  SK Seksyen 13  merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terl...