Monday 12 June 2017

AKTIVITI - PROGRAM CERAPAN GERHANA MATAHARI


Murid-murid menggunakan cermin mata khas untuk melihat gerhana matahari

Seramai 500 murid dan guru daripada 17 sekolah rendah di Selangor berkumpul di Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 13 Shah Alam bagi menjalankan Program Cerapan Gerhana Matahari Peringkat Negeri Selangor.

Taklimat program diadakan jam 7.50 pagi sebelumcerapan gerhana matahari dimulakan bagi melihat fenomena yang jarang berlaku itu.
Guru Besar, Anis Iberahim berkata, program yang julung kali diadakan itu bertujuan bagi memberi pendedahan kepada murid menenai proses pencerapan gerhana matahari.
"Semua murid dan guru berhimpun di padang sekolah bagi melihat dengan lebih jelas fenomena berkenaan.
"Solat sunat gerhana matahari juga akan diadakan sejurus selepas gerhana terbabit kelihatan," katanya ketika ditemui, di sini.

Informasi ini dicari dan disediakan oleh Iman Hezrin Bin Mohd Hasery - Tahun 5 Libra 2017
Rujukan Harian Metro Online, Mar 2016

No comments:

Post a Comment

CERITA MENGENAI SEKOLAH KAMI

Bangunan Sekolah Sekolah Kebangsaan Seksyen 13  atau nama ringkasnya  SK Seksyen 13  merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terl...