Friday 16 June 2017

GURU BESAR - Puan Anis Ibrahim

Puan Anis Ibrahim

Guru Besar, Puan Anis Ibrahim memulakan perkhidmatan sebagai Guru Besar di SK Seksyen 13 pada 1 Januari 2016.  Langkahnya ke sekolah ini, tidak sesekali dipandang enteng, tambahan pula, gelaran
Sekolah Kluster Kecemerlangan yang dimiliki sekolah itu terus membakar semangat dirinya untuk menyambung legasi kecemerlangan yang ditinggalkan rakan sejawatnya.

Menuntut komitmen tinggi wanita ini punya kaliber tersendiri, ini adalah kali ke 5 beliau mengalas peranan guru besar, selepas khidmat cemerlangnya di SK TUDM, Subang, tahun lalu.  Misi mendidik anak bangsa memulakan tugas mendidik seawal tahun 1987.  Anak kelahiran Mengabang, Telipot Kuala Terengganu ini juga insan biasa, pernah melalui onak dan duri mendaki untuk berada di kerusi yang penuh komitmen itu.

Berikut adalah pengalaman beliau sebagai tenaga pengajar :-
  • 1988 hingga 1993 - Guru
  • 1994 hingga 2002 - Guru Penolong Kanan (sesi petang) di SK Hicom, Shah Alam
  • 2002 - Guru Besar di SK Gombak Setia
  • Nov 2002 hingga 2010 - Guru Besar di SK Seksyen 18 Shah Alam
  • 2010 hingga 2015 – Guru Besar di SK TUDM, Subang
Antara petikan bicara menarik beliau “Tuntutan dan tanggungjawab di SK Seksyen 13 sedikit mencabar kerana ia adalah sekolah kluster dan pengiktirafan ini perlu dikekalkan.  Malah, bagi menjamin kecemerlangan berterusan, beberapa perkara perlu dilipat gandakan”

Pencapaian :-
  • Pada tahun 2012, 2013 dan 2014, beliau mendapat pengiktirafan Baiah (Tawaran Baru), satu inisiatif di bawah Nilai Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bidang pendidikan ketika berkhidmat di SK TUDM Subang untuk tiga tahun
  • 2012 – Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebagai Guru Besar
  • 2004 - Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebagai Penolong Kanan
  • 1997 - Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ketika bertugas sebagai Penolong Kanan.
Informasi ini dicari dan disediakan oleh Iman Hezrin Bin Mohd Hasery, Tahun 5 Libra 2017
Rujukan GPS Bestari Online

No comments:

Post a Comment

CERITA MENGENAI SEKOLAH KAMI

Bangunan Sekolah Sekolah Kebangsaan Seksyen 13  atau nama ringkasnya  SK Seksyen 13  merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terl...