Majlis penyampaian basikal sebagai hadiah kepada pelajar sempena Karnival Riang Ria |
PIBG Sekolah Kebangsaan Seksyen 13 telah
berjaya mengumpulkan dana lebih RM120,000.00 melalui kutipan derma dan
penganjuran Karnival Riang Ria untuk membantu pihak sekolah menaik taraf
prasarana perlu dicontohi oleh sekolah-sekolah lain.
Pengarah Pendidikan Selangor, Zainuren Mohd. Nor berkata, ini
kerana program seperti itu dapat membantu pihak sekolah menyediakan kemudahan
terbaik bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Menurutnya, ini juga dapat membantu
meringankan beban sekolah dalam memastikan pelajar mendapat pendidikan sempurna
yang akhirnya memberi impak besar kepada pelajar.
Yang Dipertua PIBG SK Seksyen 13, Encik Zulrushdi Mohamed and berkata,
pihaknya melancarkan kutipan derma itu sejak sebulan lalu dengan setiap pelajar
diberikan kad derma untuk dibawa pulang ke rumah masing-masing untuk
mendapatkan sumbangan.
Karnival ini menekankan
konsep berhibur sambil menderma dengan setiap aktiviti yang ditawarkan akan
dikenakan bayaran, tetapi hasil kutipannya akan disalurkan ke dalam dana ini.
Ia mendapat sambutan menggalakkan dengan lebih 2,500 pengunjung dan semua hasil
kutipan akan digunakan untuk membaik pulih bumbung dewan, menaik taraf tempat
perhimpunan pelajar dan bangunan pendidikan khas.
Informasi ini dicari dan disediakan oleh Iman Hezrin Bin Mohd Hasery - Tahun 5 Libra 2017
Rujukan - November 2015, Utusan Online @ Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment