13 murid telah berjaya mewakili sekolah untuk kejohanan MSSD dibawah umur tahun untuk Kejohanan Bola Sepak. Terdapat 65 buah sekolah dari daerah
Selangor bertanding dan pasukan bola sepak SKS13 mewakili zon 1 untuk menentang 9 buah
sekolah. Sepanjang kejohanan MSSD
berlangsung, ibu bapa dan guru sekolah iaitu Ustaz Ridzuan dan Cikgu Nazrin telah
memberi semangat kepada pasukan sekolah.
Ibu bapa juga bertanggungjawab menyediakan pengangkutan dan makanan
sepanjang kejohanan.
Pada minggu pertama, kami menentang 6 buah pasukan antaranya
SRAI, SKBA, SKS16. Sikap ingin menang
dan sokongan tanpa henti dari banyak pihak, SKS13 telah menumpaskan 6 pihak
lawan tanpa kalah. Di tahap pencapaian mereka ke tahap ini, pasukan SKS13 telah berjaya
memecahkan rekod sekolah dan secara langsung melayakkan kami mara ke perlawanan
akhir untuk menentang SK Raja Muda pada 7 April 2017.
Di perlawanan akhir, SKS13 mengekalkan mata seri 0-0 akan tetapi, kalah di tendangan penalti
dengan 3-1. Kekalahan mereka di tahap ini masih melayakkan kami
mara tahap seterusnya iaitu menentang sekolah-sekolah di Zon 2.
Pada 10 April 2017, kesemua pemain telah dijemput untuk
menerima medal Naib Juara di pentas perhimpunan. Semasa pasukan sekolah naik ke pentas, mereka mendapat tepukan dan sorakan dari para guru dan rakan sekolah. Pn Anis turut menasihatkan pasukan bola untuk
teruskan belajar bersungguh-sungguh.
Antara 12 April dan 14 April 2017, pasukan sekolah
bertanding di SK Subang Bestari untuk menentang sekolah-sekolah di Zon 2. Di tahap di pasukan SKS13 hanya Berjaya
menentang 3 buah sekolah dan akhirnya tewas dengan pasukan SRAI dengan
mata kekalahan 2-1. Walaupun kalah, pasukan bola SKS13 pada 2017 telah berjaya memecahkan rekod sekolah
buat kali kedua.
Informasi dicari dan disediakan oleh Iman Hezrin Bin Mohd Hasery, Tahun 5 Libra 2017.
Rujukan dan Sumber gambar dan nota peribadi Pn Azurin Aziz, ibu kepada Iman Hezrin
No comments:
Post a Comment